Categories: Terkini

Raja Arab Saudi taja 20 jemaah Malaysia tunaikan haji

KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20 jemaah Malaysia untuk menunaikan haji di bawah program Tetamu Raja Arab Saudi 2019 (Istidhofah).

Program tahunan kendalian Kementerian Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi ditaja sepenuhnya melalui peruntukan peribadi Raja Salman yang membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum serta kos di Masya’ir Haram.

Loading…

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan, berkata melalui program Istidhofah itu, kerajaan Arab Saudi berjaya menghimpunkan sejumlah besar umat Islam dari seluruh dunia.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendali program itu kerana sudah menganjurkannya lebih 20 tahun.

Advertisement

“Saban tahun kami mendapat maklum balas positif daripada jemaah seluruh dunia bagi membantu para peserta tetamu Raja Arab Saudi menunaikan haji.

“Kami akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan program ini dari semasa ke semasa,” katanya kepada BERNAMA selepas program Majlis Meraikan Tetamu Raja Arab Saudi 2019 di sini, malam ini.

Antara tujuan utama program itu ialah menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia untuk saling bertukar pandangan mengenai Islam dan mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

Mereka yang terpilih terdiri daripada kalangan agamawan, wakil kerajaan, ahli akademik, pendakwah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang terpilih di dalam program itu ialah Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud; Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan, Ridzuan Awang dan Wartawan Meja Multimedia BERNAMA, Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman.

Advertisement

Kumpulan itu akan berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Ogos dan berada di Arab Saudi hingga 17 Ogos.

Selain itu, Raja Salman turut menaja 1,300 jemaah dari 72 negara di bawah program itu.

Penjaga Dua Kota Suci itu turut mengundang 200 keluarga mangsa serangan keganasan di Christchurch, New Zealand menjadi tetamunya untuk menunaikan haji.

Raja Arab Saudi itu turut menaja 2,000 anggota keluarga tentera Yaman untuk menunaikan haji tahun ini.

Arab Saudi turut merancang untuk menampung hingga 30 juta jemaah haji dan umrah pada tahun-tahun akan datang berdasarkan Wawasan 2030 yang diperkenal Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Advertisement

Kerajaan itu juga prihatin dengan kesejahteraan jemaah haji serta umrah, dan perkara ini dicerminkan menerusi wawasan tersebut. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago