Kenapa Akmal Akif dibebaskan dari kes Zulfarhan?

Semalam, umum mengetahui bahawa antara 19 orang penuntut UPNM yang didakwa menyebabkan kecederaan dan kematian Allahyarham Zulfarhan Osman hanya seorang yang dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Muhammad Akmal Akif Alias, 23, dibebaskan tanpa perlu membela diri atas tuduhan bersubahat dan mencederakan mangsa.

Namun, pembebasan beliau rata-rata mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Loading…

Ramai yang mengutuk dan secara tidak langsung mengundang kemarahan orang ramai yang telah mengikuti kes Zulfarhan sejak awal lagi.

Advertisement

“Ko bersubahat jugak sebenarnya kan, kenapa ko tak halang waktu arwah kena pukul” – tanya seorang netizen

“yang sorang lagi kenapa terlepas” – netizen

“ada jugak yang lepas” – kata seorang lagi netizen

Ramai yang tidak mengetahui kenapa Akmal dan seorang lagi saksi sebelum ini, iaitu Aiman Aufa, dibebaskan. Menurut sumber, mereka berdua adalah orang yang telah memberikan dua surat layang kepada jurulatih mereka untuk memaklumkan tentang keadaan Zulfarhan.

Surat layang pertama mereka selitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017, menurut sumber Astro Awani.

Advertisement

“Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-19, Blok Satria(depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatab segera. SEGERA!!!” – surat layang pertama

Walau bagaimanapun, surat terbabit diketahui oleh ahli bilik 4-10 selepas jurulatih menyebarkan surat terbabit melalui WhatsApp dan tertuduh Muhammad Akmal Zuhairi Azmal telah memindahkan mangsa ke bilik 4-06 untuk sementara waktu.

Namun, Aiman Aufa dan Akmal akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua.

“Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” – surat layang kedua

Malang bagi kedua saksi, apabila nama mereka ‘dipetik’ oleh tertuduh semasa disoal siasat mengatakan mereka turut terlibat mencederakan mangsa.

Advertisement

Saksi pertama, Aiman Aufa dibebaskan pada tahun lepas dan semalam mahkamah memutuskan bahawa Akmal Akif tidak bersalah dan dia dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Bukan sahaja tidak bersalah, malah Akmal Akif adalah antara orang yang sanggup membahayakan diri sendiri semata-mata untuk membantu Zulfarhan yang cedera parah.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

9 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago