Categories: Mahkamah

‘SRC terlibat dalam arang batu, kesudahannya mana arangnya’ – Ahmad Husni

Bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyifatkan wujud elemen  “kepimpinan autokratik” yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Razak dalam mengendalikan urusan syarikat SRC International Sdn Bhd. 

Ahmad Husni, saksi pendakwaan ke-56 berkata ini berikutan beliau hanya menurut perintah daripada bekas perdana menteri itu dalam urusan SRC.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan mengapa beliau berkata demikian, saksi itu menjawab “Saya jumpa Najib dan tanya dia kenapa SRC memperoleh pinjaman begitu banyak iaitu  RM2 bilion dari KWAP (Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan). KWAP syarikat kerajaan.

Loading…

“Najib cakap beliau hendak memperkasakan bidang tenaga dan arang batu. Saya cakap biarlah arang batu ini syarikat swasta yang kendalikan.

Advertisement

“Ketika itu saya sedar ada elemen autokratik, hanya terima arahan, kita hanya terima arahan sahaja. Seperti yang saya katakan kepimpinan yang dibawa oleh Najib melibatkan SRC iaitu saya hanya menurut perintah, tidak ada berbincang,” katanya.

Ahmad Husni berkata biasanya dalam permohonan pinjaman kepada KWAP, dokumen akan melalui pegawainya dan hanya akan dibawa kepadanya untuk diperiksa.

“Tapi dalam kes SRC, tidak ada dokumen… tidak ada apa-apa,  Nik Faisal (Nik Faisal Ariff Kamil, ketua pegawai eksekutif SRC), dia datang jumpa saya sekali sahaja tapi tidak ada  sebarang dokumen dia bawa kepada saya. Lepas tu langsung saya tak jumpa dia dah.

“Jadi budaya melibatkan SRC dan 1MDB ni jauh berbeza daripada budaya kerja yang lain Kalau lihat pelaburan SRC RM4 bilion, di mana pergi RM4 bilion,  mula-mula letak dalam bank di Switzerland dan  Hong Kong lepas tu saya dapat maklumat pada 2014 baru terlibat dalam arang batu di Jawa dan di Mongolia kemudian ada di Aabar Investment.

“Dalam syarikat di bawah MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan) macam SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) buat rumah nampak rumah, tapi SRC terlibat dalam arang batu, kesudahannya mana arangnya,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Muhammad Izzat.

Advertisement

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata beliau memerlukan masa untuk berbincang dengan anak guamnya untuk mendapatkan arahan lanjut mengenai keterangan Ahmad Husni itu sebelum memeriksa balas saksi itu.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis. — Bernama

Advertisement
Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

21 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago