Categories: Pilihan Editor

Maksud sebenar ‘Cash Is King’: ‘Fantasticlah’ Najib ini – Sindir Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyifatkannya tersalah tafsir maksud sebenar ‘Cash Is King’.

Pada masa sama Perdana Menteri mempersoalkan kenapa Najib tidak berkata demikian pada waktu itu.

Beliau juga menyifatkan Najib sebagai terdesak sehingga sanggup memutarbelitkan kenyataannya demi kepentingan diri.“Fantasticlah Najib ni. Dia kata kononnya makna lain tetapi dulu kenapa dia tidak kata. Kenapa dia tidak buat. Kalau ‘Rakyat Is King’ pergi layan la rakyat.

Loading…

“Bukan dengan bagi duit. Namun, bila dia sudah terjerat tak boleh nak kata apa. Dia kata bukan tu maknanya. Dia cakap lain,” katanya kepada wartawan Malaysia di Fukuoka pada Khamis seperti dilaporkan Astro Awani.

Advertisement

Justeru, beliau percaya rasa bijak menilai apa yang cuba dilakukan Najib.

“Dr Mahathir ni jahat. Dia tukar makna. Dia tidak explain pun dekat saya bila dia bercakap dekat saya tu.

“Tidak logiknya, ‘Cash Is King’ konon Rosmah dapat duit beli beg, beli apa semua. Yang mana rakyat dapat? Yang rakyat dapat tu bribery untuk nak dapat sokongan. Takkanlah rakyat bodoh sangat,” ujarnya.

Dalam satu wacana anjuran Penerangan UMNO Malaysia, Najib berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah tersalah tanggap maksud sebenar “Cash Is King”, sehingga timbul persepsi negatif terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinannya sebelum ini.

Baca: Dr Mahathir salah, maksud sebenar ‘cash is king’ ialah rakyat itu ‘king’

Advertisement

Najib berkata “duit adalah segala-galanya” yang beliau maksudkan ialah menolong rakyat dan bukan maknanya secara harfiah.

Baca: Najib Razak dedahkan ada ‘Sniper’ tembak pejabatnya di Pekan

Baca: LHDN saman anak Najib, tuntut cukai tertunggak RM37.6 juta

Advertisement
Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

8 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago