Categories: Terkini

Kes Nora Anne: Pasukan patologi bedah siasat mayat

Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di Seremban pagi ini bagi menjalankan proses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15.

Pasukan itu tiba pada kira-kira pukul 9 pagi tadi menaiki Toyota Hilux dengan proses bedah siasat yang bermula pada lebih kurang pukul 10 pagi itu diketuai seorang pegawai kanan Patologi HKL.

Loading…

Perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ pagi ini mula dipenuhi dengan petugas media sejak pukul 7 pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati, dua individu dipercayai waris terdekat remaja malang Nora Anne yang ditemui mati semalam selepas dilaporkan hilang lebih 10 hari, memasuki Jabatan Perubatan Forensik pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini.Iklan

Advertisement

Selain itu, turut dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman.

Petugas media dimaklumkan bahawa satu sidang media akan dijalankan oleh pihak polis selepas bedah siasat itu.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah yang ditemui pada tengah hari disahkan oleh anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, pada 4 Ogos lepas.

Terdahulu, mayat Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada pukul 7.07 malam, semalam, selepas dibawa dengan helikopter dari lokasi penemuan dan kemudiannya mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada kira-kira 6.45 petang.

Nora Anne, 15, disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai oleh keluarganya pada 8 pagi 4 Ogos. Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarga di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini. – Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

11 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago