Categories: Terkini

Lokman Adam disiasat kes kaitkan sentimen kaum dengan kemalangan lebuh raya

Satu kertas siasatan dibuka terhadap pemimpin Umno, Lokman Noor Adam berikutan dakwaannya melalui video yang di muat naik di laman sosial berhubung kes kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata Presiden Pemantau Malaysia Baru berusia 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Loading…

“Kertas siasatan itu dibuka semalam…siasatan lanjut akan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Lokman melalui video berdurasi tujuh minit yang dipaparkan di YouTube menggesa orang ramai membuat laporan polis susulan penularan gambar seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam insiden kemarahan jalan raya pada Sabtu lepas.Iklan

Advertisement

Lokman turut mengaitkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan pegawai penyiasat kes itu berhubung penularan gambar yang dirakam isteri suspek semasa kejadian.

Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain. Kejadian dikatakan berlaku akibat kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi di mana mangsa dilanggar.

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

18 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago