Categories: Jenayah

Terdesak bayar hutang Along, wanita empat anak rancang dirompak ditahan

Kejadian dua pekerja wanita yang disamun semasa dalam perjalanan ke sebuah bank untuk mendepositkan wang tunai RM20,400 milik syarikat majikan mereka Isnin lepas merupakan satu lakonan semata-mata, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor.

Menurutnya, seorang daripada pekerja wanita itu yang berusia 53 tahun mengakui telah merancangkan kejadian itu bagi memperoleh wang untuk menyelesaikan hutangnya dengan peminjam wang haram atau ah long.

Loading…

“Hasil pemeriksaan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang didakwa itu, memang berlaku kejadian samun, namun kami mendapati terdapat keraguan dalam laporan yang dibuat oleh pekerja berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Susulan “insiden” itu, polis melancarkan satu operasi dinamakan Ops Cantas dan berjaya menahan tiga lelaki berumur 19, 23, dan 25 tahun yang kemudiannya mengaku telah diupah RM4,000 setiap seorang oleh kedua-dua pekerja wanita itu untuk menjalankan “samun” berkenaan.

Advertisement

“Berikutan itu, kami menyoal semula pekerja wanita itu dan dia mengakui merancang kejadian itu untuk mendapatkan wang bagi membayar hutangnya berjumlah RM300,000 dengan ah long,” katanya dan menambah wanita itu mempunyai empat orang anak.

Noorzainy berkata siasatan turut mendapati wanita berkenaan turut melibatkan rakan sekerja wanitanya yang bertugas sebagai pelatih pembantu penyelia berumur 25 tahun untuk terlibat sama dalam perancangan itu.

Dalam laporan polisnya Isnin lepas, wanita berkenaan mendakwa dua lelaki telah menghimpit motosikal yang dinaikinya bersama rakan sekerjanya itu sebelum menarik beg berisi wang tunai yang dibawa mereka dan memecut lari ke arah simpang tiga Jalan Dua.

Mereka juga mendakwa tidak sempat mengecam kedua-dua suspek yang memakai helmet bervisor penuh dan jenis motosikal yang digunakan kerana kejadian berlaku begitu cepat.

Susulan tangkapan ke atas kedua-dua pekerja dan ketiga-tiga lelaki itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM12,060 dipercayai sebahagian daripada wang yang kononnya disamun itu selain beberapa unit telefon bimbit.

Advertisement

Noorzainy berkata kesemua suspek dalam kes ini, sedang menjalani reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga  20 tahun dan dikenakan sebatan. — Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago