Categories: Pilihan Editor

PM, Putin bincang perkukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan mesyuarat dua hala di luar acara Sidang Kemuncak Ekonomi Timur (EES) bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam perbincangan selama 30 minit di bandar pelabuhan menghadap Golden Horn Bay dekat sempadan China dan Korea Utara itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu perdagangan dan inovasi.

Loading…

Mahathir dan Putin sebelum ini bertemu di luar sidang kemuncak Asia Tmur di Singapura tahun lepas.

EES yang ditubuhkan oleh dekri Putin pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia, berlangsung antara 4 dan 6 Sept, 2019 di kampus Far Eastern Federal University (FEFU).

Advertisement

Penganjur program, Roscongress Fundation, memetik Putin sebagai berkata bahawa pembangunan Timur Jauh Rusia, termasuk memperkukuh ekonomi dan potensinya dalam inovasi, selain meningkatkan taraf hidup penduduknya, merupakan keutamaan negara yang tidak dapat dipertikaikan.

“Perkongsian antara kalangan perniagaan Rusia dan Rantau Asia Pasifik semakin kukuh,” katanya dalam ucapan alua-aluan kepada semua peserta EEF.

Malaysia dan Rusia menikmati lebih 50 tahun hubungan diplomatik yang mesra. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

1 day ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

4 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

5 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago