Categories: Jenayah

‘Bau busuk apa ni?’ – Bapa temui mayat anaknya (janda) dalam bungkusan selimut dalam timbunan bantal

Mayat seorang wanita yang dibungkus dalam selimut dan diletakkan dalam timbunan bantal ditemukan di sebuah pangsapuri di Prima Damansara di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata mayat Nor Hidayah Ahmad ditemui bapanya yang datang ke rumah itu kira-kira jam 5.30 petang.

“Apabila masuk ke dalam rumah, bapa mangsa terhidu bau yang busuk datang dari salah sebuah bilik sebelum menemui mayat anaknya itu.

“Pemeriksaan polis mendapati wanita itu diletakkan dalam timbunan bantal dan dibungkus dengan selimut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Advertisement

Beliau berkata siasatan awal mendapati, mangsa berusia 30 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Polis juga tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Mohd Zani berkata pihaknya sedang mengesan bekas suami mangsa yang dikenali sebagai Zulkifli Joned, 40, bagi membantu siasatan.

“Mangsa dipercayai bercerai dengan Zulkifli sejak dua bulan lalu dan tinggal di rumah itu dengan anaknya yang berusia enam tahun,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

Advertisement

Loading…

Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

22 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago