Bekas penasihat peribadi Che Rozmey dipenjara 15 tahun

Bekas penasihat peribadi dan kewangan kepada usahawan terkenal, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din dihukum penjara 15 tahun dan denda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM246,600 sejak lima tahun lalu.

Hakim Azman Abu Hassan memerintahkan tertuduh, Abdullah Sani Ismail, 64, menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan turut didenda RM90,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan itu dan boleh dikenakan penjara selama 24 bulan sekiranya tidak membayar denda terbabit.

Loading…
Abdullah Sani Ismail

Bagi ketiga-tiga pertuduhan pecah amanah itu, Abdullah Sani dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan, namun mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan difailkan, manakala hukuman denda perlu diselesaikan segera.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan mengambil wang sewaan bangunan beralamat No. 22, Jalan Bayu Mutiara 1, Taman Bayu Mutiara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang milik Che Rozmey, masing-masing berjumlah RM97,000, RM88,000 dan RM61,600.

Advertisement

Abdullah Sani didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di syarikat Herba Prima Marketing di Lot 70, Bandar Darulaman Jaya, Jitra dekat sini antara September 2014 dan 8 Julai 2016.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Abdullah Sani dikecualikan daripada dikenakan hukuman sebat atas faktor usia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Md. Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam Badrol Hisham Abdullah.

Sementara itu, Che Rozmey yang turut berada di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar berkata, dia bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut setelah menunggu sejak beberapa tahun lalu.

Advertisement

“Alhamdulillah keputusan ini secara tidak langsung membersihkan nama saya yang ditohmah dengan pelbagai perkara selama ini, walaupun tidak mungkin dapat memperoleh semula wang saya yang hilang,” kata Che Rozmey. 

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago