Dua Adun, ketua perbadanan didakwa beri sokongan kepada LTTE

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, pada November tahun lalu.

Tertuduh, G Saminathan, 34; P Gunasekaran, 60, dan S Chandru, 38 didakwa melakukan kesalahan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di Melaka pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 Nov 2018.

Loading…

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Saminathan turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S9+ warna biru gelap di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri di sini pada 10.25 pagi, 10 Okt lepas.Iklan

Advertisement

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk tanda faham sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah menetapkan 16 Dis untuk sebutan semula kes dan kesemua tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohd Izhanudin Alias, manakala tiga tertuduh itu diwakili lima peguam yang diketuai oleh Ramkarpal Singh.

Terdahulu, petugas media dihalang masuk ke dalam mahkamah berikutan hanya ahli keluarga dan orang kenamaan sahaja dibenarkan masuk untuk mendengar prosiding itu.

Advertisement

Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita berkata jaminan tidak dibenarkan di bawah seksyen berkenaan berikutan kesemua tertuduh didakwa di bawah bab 6a Kanun Keseksaan kerana Mahkamah Sesyen tiada bidang kuasa untuk membuat keputusan melibatkan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Kenderaan membawa tiga tertuduh itu keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka pada 10.45 pagi ini. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 hour ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago