Categories: Terkini

DAP Perak tuntut janji hak milik kekal kampung baru

DAP Perak mendesak kerajaan negeri menunaikan janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baru bermula hujung tahun ini.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, beberapa janji lain yang terkandung dalam buku manifesto tawaran Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-41 (PRU14) lalu itu juga akan dituntut.

Loading…

Menurutnya, video Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika membacakan tawaran PH Perak itu kini tular di media sosial.

“Saya sarankan dan mempunyai harapan yang tinggi janji pemberian hak milik kekal kepada kampung baru Cina seharusnya bermula akhir tahun ini sempena Tahun Baru Cina dan satu keputusan wajar perlu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Advertisement

“Kita cukup yakin menteri besar tidak akan mengecewakan rakyat negeri Perak dan menyanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen DAP Perak di Hotel Ritz Garden, di sini hari ini.

Hadir sama merasmikan konvensyen tersebut, Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, Kor Ming turut mengarahkan lima Exco Kerajaan Perak dari DAP supaya membantu Ahmad Faizal melaksanakan janji yang termaktub dalam tawaran PH itu.

Menurutnya, segala janji diumumkan itu bukan janji DAP sebaliknya janji PH yang perlu ditunaikan segera selepas rakyat menghantar isyarat jelas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan kekalahan besar lebih 15,000 majoriti undi.

Terdahulu ketika ucapannya, Kor Ming turut menayangkan klip video yang didakwa diedit itu menunjukkan Ahmad Faizal sedang berucap membacakan tawaran PH sebelum PRU14 dan satu ucapan selepas PRU14 ketika sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak.

Advertisement

Sementara itu, Kor Ming berkata, jika janji tersebut tidak dilaksanakan, maka video tersebut akan digunakan oleh MCA, UMNO dan Pas untuk mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Pada 13 Ogos 2018, Ahmad Faizal ketika menggulung perbahasan atas Titah Diraja pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 menjelaskan pihaknya tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung baharu itu kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 25 April 1997 menetapkan tempoh pegangan pajakan bagi kampung-kampung baharu tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun. – Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

13 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago