Categories: Terkini

[VIDEO] Pesawat Ukraine ditembak jatuh Iran

SEBUAH rakaman video kejadian pesawat yang jatuh terhempas dipercayai pesawat penumpang milik Ukraine yang meragut 176 nyawa, tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh pengguna laman Twitter @IranianPatriot itu menjadi tular di laman sosial Twitter apabila ia mendapat perhatian warganet, terutamanya warga Iran.

Loading…

Rakaman berkenaan memaparkan sebuah objek besar dengan api yang marak menjunam secara perlahan ke bumi dan akhirnya terhempas hingga menyebabkan letupan besar.

Menurut laporan portal berita abc.net.au, pegawai keselamatan tertinggi Ukraine mendakwa bahawa siasatan mendapati peluru berpandu telah disasarkan di bahagian bawah kokpit pesawat Ukraine Airlines penerbangan Boeing 737-800 itu dari darat, dan ia sekali gus membunuh juruterbang serta-merta.

Advertisement

Setiausaha Pertahanan dan Keselamatan Negara Ukraine, Oleksiy Danilov berkata beberapa imej dan video yang diambil di tempat kejadian oleh pegawai penyiasat Ukraine di Iran menguatkan lagi teori kemalangan berkenaan.

“Ia telah disasarkan di bahagian kokpit dari bawah. Kami fikir ini adalah bukti dan punca nahas,” kata Danilov kepada BBC, sambil merujuk kepada foto kokpit yang diterbalikkan oleh penyiasat Ukraine.

Malah, terdapat beberapa imej menunjukkan terdapatnya serpihan peluru berpandu yang dipercayai menjadi punca pesawat malang berkenaan terhempas.

“Kami percaya ia adalah serpihan peluru berpandu.

“Segala penemuan telah dikumpulkan sebelum kerajaan Iran mengaku bertanggungjawab dalam insiden tembak jatuh pesawat penumpang berkenaan.

Advertisement

“Sebaik sahaja kerajaan Iran memberikan kami akses kepada barang-barang ini, pakar kami diarah membuat kemaskini setiap jam mengenai apa yang berlaku dan kami berhasil mengumpulkan maklumat dengan cepat serta menrungkai apa yang berlaku,” katanya.

Tambah Danilov, pihaknya tidak boleh mendedahkan kesemua butiran kepada orang ramai dan siasatan masih perlu dijalankan secara terperinci.

“Kita tidak boleh membuat pengumuman (bukti) secara terbuka dan kita masih perlu bekerja keras di sana.

“Iran adalah negara yang sangat ketat dan seperti yang anda tahu, kami bimbang mereka boleh menghantar pulang pakar kami kembali.

“Saya fikir Iran mula memahami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan (tetapi mengakui kesalahan untuk kemalangan itu).

Advertisement

“Walaupun mereka cuba menghalang, kami sudah cukup (bukti) untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa apa yang sebenarnya berlaku di sini,” katanya.

Terdahulu, sebelum pesawat berkenaan disahkan ditembak jatuh, kerajaan Iran menyatakan punca kemalangan berkenaan mungkin disebabkan oleh kesilapan teknikal menjadi faktor juruterbang hilang kawalan.

Beberapa hari kemudiannya, negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mula mendapat maklumat mengenai kes itu. – Agensi/Astro Awani

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago