Categories: Terkini

Rombakan Kabinet bukanlah tugas mudah – Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata rombakan Kabinet bukanlah tugas yang mudah kerana ia mengambil masa dan perlu diterima oleh semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Rombakan bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia perlu diterima bukan sahaja saya, tetapi juga (empat) parti dalam gabungan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) 2020 di sini, hari ini.

Loading…

Menjawab soalan pemberita mengenai pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu bagi menggantikan Dr Maszlee Malik, yang meletak jawatan awal bulan ini, Dr Mahathir berkata beliau belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Saya belum memutuskan apa-apa.” kata Perdana Menteri, yang dilantik bagi memangku jawatan Menteri Pendidikan, yang dipersetujui oleh Kabinet semasa satu mesyuarat pada 8 Jan.

Advertisement

Sementara itu, mengenai peralihan kuasa antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata perkara itu perlu diputuskan oleh kesemua empat parti dalam PH.

“Saya fikir ini akan diputuskan oleh semua empat parti secara bersama, sama ada mereka mahu saya berundur atau tidak. Bagi saya, jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan undur sekarang,” tambah beliau.

Adalah dilaporkan bahawa beberapa ahli Parlimen PKR mendesak agar satu tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa itu, dengan mencadangkan ia dilakukan pada Mei tahun ini.

Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

19 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago