Categories: Terkini

‘Semakin lama, dia semakin dekat kemudian terus sauk aku punya *****!’ – Pekerja mall trauma dicabul dan dikejar lelaki bernafsu songsang

Betullah kata orang, jadi lelaki pun dah tak selamat zaman sekarang ni. Ditambah pula dengan kewujudan manusia songsang, lelaki juga kini menjadi sasaran seksual malah lebih mengejutkan ianya berlaku dikawasan terbuka.

Loading…

Seperti cerita yang telah dikongsikan oleh lelaki ini di mana dia telah diganggu secara seksual di sebuah pusat beli belah. 

OKAY guys, literally aku baru lepas kena gangguan seksual. Ceritanya begini, masa aku berada di tandas Gardens Mall, I was washing my face sebab mengantuk. Kau faham-faham sajalah Gardens hari Isnin macam mana. 

Tiba-tiba ada lelaki tua ini datang mendekati aku. Aku pun macam biasa, sambung pakai moisturiser semua. Semakin lama, dia semakin dekat. Kemudian dia terus sauk aku punya *****. Aku dah terkejut, terus tepis tangan dia dengan kuat. Pastu berganjak ke belakang. Aku capai moisturiser aku semua kat depan cermin tu, aku terus keluar.

Advertisement

Dia ikut aku guys, sumpah aku dah takut. Aku tak tahu mana aku punya ‘lelaki’ time tu pergi. Aku nak masuk ke tempat kerja, tetapi aku fikir-fikir balik, takkan aku nak beritahu dia di mana aku bekerja dalam masa dia tengah follow aku.

Jadi aku ambil keputusan nak turun. Aku nak pergi ke eskalator, tetapi memang confirmlah dia nampak aku. Aku bazirkan masa dalam 20 minit disebabkan lelaki tak guna ini. AKu dah risau kalau dia kacau aku di tempat kerja. Akhirnya aku ambil keputusan guna tangga dan alang-alang tu aku nak rakam muka dia sekali. 

As soon as aku dapat rakam muka dia tanpa dia sedari, aku terus berlari ke atas tingkat tiga. Aku keluar, kemudian masuk ke tandas tingkat tiga duduk dalam cubicle tu menyorok. Aku call kawan tempat kerja aku, suruh check kalau dia (pervert) ada dalam tandas tu ke tak. 

Member aku terus lari ke tandas tu untuk periksa. Nasib baik dia tak ada di situ. Aku sampai nak keluar dari tandas pun takut. Sumpah aku takut. 

Boys, please jaga diri. Insiden ini tak kelakar, muka macam aku ni pun boleh kena gangguan seksual. Nasib baik kat tangga tu tak ada apa-apa yang berlaku. 
Yang aku tak boleh terima kan, asal dalam ramai-ramai lelaki, aku juga yang kena? Like, muka-muka aku macam ahli neraka dia punya level buruk. Kenapa yall?

Sumber: @yourbuffbuffboi

Advertisement

Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago