Categories: Kemalangan

[VIDEO] ‘Nasib baik budak tu tak kena gilis’ – Pemandu Axia cuai, nyaris langgar, gilis budak di stesen minyak

Tersebar di media sosial seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis kereta di sebuah stesen minyak.

Mangsa yang ketika itu bersama ibunya pergi ke stesen minyak berkenaan di Lutong, Miri pada jam 9 pagi 23 Januari 2020, untuk mengisi minyak motosikal. 

Loading…

Ketika sedang mengisi minyak, mangsa berada di belakang motosikal dan datang sebuah kereta Perodua Axia yang berhenti di belakang dua beranak itu untuk menunggu gilirannya. 

Namun secara tiba-tiba Axia itu bergerak ke depan lalu melanggar kanak-kanak itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok di bawah kereta serta hampir digilis tayar kenderaan. 

Advertisement

Mujur pemandu Axia sempat memberhentikan kenderaannya lalu segera berundur.

Mangsa yang berada dalam keadaan terus bangun dan diambil oleh ibunya.

Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu turut datang memberi bantuan. 
Pemandu Axia seolah-olah tergamam dan hanya duduk di dalam kereta sambil dimarahi orang awam.

Menyedari dirinya cuai, dia kemudian keluar dari kereta untuk meminta maaf. 

Di media sosial, netizen tidak menolak kejadian itu berlaku di atas kecuaian pemandu yang besar kemungkinan tidak menarik brek tangan atau tertekan pedal minyak.

Advertisement

Tidak kurang juga yang mendakwa pemandu itu mungkin leka bermain telefon bimbit.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago