Categories: Pilihan Editor

Mukhriz, Syed Saddiq sedia dikenakan tindakan

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia dikenakan tindakan oleh parti itu susulan pendirian yang diambil mereka mengenai calon perdana menteri.

Tegas Mukhriz, beliau sedia dipecat daripada parti. 

Loading…

“Itu satu risiko yang kami terpaksa hadapi. Kami masih berjawatan dalam parti termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti akan beri penerangan kepada ahli parti kami sampai ke peringkat akar umbi untuk menerangkan dan menjelaskan apa yang berlaku.

“Keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan majlis tertinggi parti tidak langsung memihak kepada Muhyiddin,” katanya kepada media selepas menghadiri perjumpaan bersama ketua-ketua Bahagian dan ketua-ketua Sayap Bersatu di sini, hari ini. 

Advertisement

Jelasnya juga, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebelum ini juga telah sebulat suara membuat keputusan untuk meminta Dr Mahathir menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

Mukhriz berkata pada MPT parti sebelum ini secara jelas telah membuat keputusan bahawa calon perdana menteri hanyalah Dr Mahathir. 

“Tidak pernah ada satu keputusan dari MPT menyatakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Jelasnya juga, MPT sebelum ini juga telah sebulat suara membuat keputusan untuk minta Dr Mahathir menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

“Jadi itupun satu ketetapan daripada MPT. Tidak benar sama sekali mana-mana kenyataan bahawa beliau tidak lagi pengerusi parti,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq berkata beliau menyertai Bersatu bagi membersihkan politik dan menentang pemimpin yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut beliau, sebagai pemimpin muda kita harus berani kerana benar dan sesekali tidak akan bersetuju bekerjasama dengan UMNO.

“Saya beri pendirian ini dan tidak ingin bersekongkol dengan pemimpin rasuah dan tindakan diambil ke atas saya biarlah kerana percaya dan berpendirian teguh dengan pendirian berani kerana benar,“ jelasnya.

Terdahulu, perjumpaan itu dihadiri oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dan Datuk A Kadir Jasin.

Perjumpaan yang bermula pada 5 petang itu dihadiri lebih 200 ahli Bersatu daripada ketua-ketua Bahagian dan ketua-ketua Sayap parti itu selain beberapa pemuda Parti Amanah Negara.

Advertisement

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

17 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago