Muhyiddin bertemu KSN, ketua-ketua jabatan pada hari pertama, nafi nak bertemu pemimpin politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memulakan tugas sebagai Perdana Menteri hari ini mempunyai jadual bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua jabatan serta agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menyatakan tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan bagi Muhyiddin hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

Loading…

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam (1 Mac).

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

Muhyiddin memasuki Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini bagi memulakan tugas hari pertamanya sebagai perdana menteri hari ini.

Pada hari pertamanya, beliau mempunyai jadual temujanji dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang. 

Memetik portal Malaysiakini, pagi tadi mahkamah menangguhkan perbicaraan ke atas Ahmad Zahid -yang berdepan 47 tuduhan, membabitkan 12 kes pecah amanah, 27 kes pengubahan wang haram dan lapan kes rasuah – kerana beliau dikatakan perlu berbincang dengan perdana menteri berkaitan pembentukan kabinet baru.

Hari ini merupakan hari pertama Ahmad Zahid dibicarakan di bawah kerajaan baru – dikenali sebagai Perikatan Nasional – yang turut melibatkan beliau sebagai presiden Umno.

Permohonan pagi tadi dibuat oleh pasukan pembelaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement

Menurut peguam bela, Hisyam Teh, Zahid “diperlukan” untuk perbincangan bersama perdana menteri.

“Tertuduh akan (terlibat) dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan kabinet hari ini.

“Jadi, kami meminta mahkamah membenarkan penangguhan untuk prosiding hari ini.

“Kehadirannya diperlukan […],” katanya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan tersebut, dan kes akan bersambung esok.

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago