Categories: Terkini

PAS kemuka Usul Undi Percaya terhadap PM di Parlimen Julai ini – Takiyuddin

PAS telah mengemukakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini.

Loading…

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata usul tersebut dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.

“PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan daripada rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Takiyuddin berkata segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata PAS amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti dan dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat,” katanya.

Advertisement

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago