Categories: Terkini

Anwar tidak layak jadi calon PM? Ini jawapan Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.”… Dan kerana beliau (Anwar) tidak begitu popular menjadi ketua parti berbilang bangsa, beliau memerlukan seorang pemimpin Melayu yang mampu membantu memenangi pilihan raya.

Loading…

“Jadi, saya (Dr Mahathir) dengan beliau di dalam pilihan raya ini dengan saya sebagai calon Perdana Menteri, saya rasa kami akan dapat sokongan daripada orang Melayu,” katanya dalam temu bual bersama CNBC, hari ini.Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar gagal mendapat sokongan Melayu dalam tiga pilihan raya sebelum ini.

Anwar juga jelas beliau, tidak boleh mencalonkan dirinya ketika itu kerana masih berada di dalam penjara.

Advertisement

Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat dan dibebaskan pada 16 Mei 2018 selepas memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Ketika saya memimpin parti pembangkang, kita berjaya menang dan ini merupakan pencapaian kerana untuk tempoh 60 tahun, Malaysia dipimpin oleh kerajaan daripada parti yang sama.

“Ini pertama kali perubahan (kerajaan) dicapai,” tambahnya.

Ketika ditanya mengapa Dr Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu, beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana komponen parti PH menolak pandangan beliau agar tidak meninggalkan gabungan parti kerajaan.

“Mereka menolak cadangan saya, dan selepas penolakan tersebut… mereka mahu saya memimpin parti bersama parti kerajaan terdahulu.

“Saya sentiasa menentang kerajaan terdahulu berikutan skandal yang mereka terlibat. Jadi, saya tolak untuk bekerja dengan parti yang kalah dalam pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Advertisement

Sumber: Astro Awani

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago