Categories: Terkini

Luah rasa kesal, Mia Khalifa rayu videonya dipadam dari internet, peminat lancarkan petisyen

Mia Baru-baru ini, bintang filem Mia Khalifa meluahkan yang dia menyesal dengan filem ‘dewasa’ yang dia buat ketika dia berumur 21 tahun dulu, lapor Daily Star.

Pelakon yang kini berusia 27 tahun ini memberitahu tentang perasaannya terhadap 11 video yang dia buat selama tiga bulan sepanjang dia bergelar bintang filem porno pada tahun 2014.

Loading…

Advertisement

Walaupun dah hampir enam tahun dia bersara dari industri porno, video-video ini telah menjadi antara carian yang popular di laman web dewasa seperti Pornhub.

Tak cukup dengan itu, wanita ini turut mendapat ugutan bunuh dari ISIS, kerana mengenakan penampilan sebagai perempuan berhijab dalam salah satu videonya. Amboi, mana pulak ISIS ni tahu ya?.

Menurut Mia, dia telah dipaksa untuk melakonkan watak sebagai wanita berhijab walaupun dia beragama kristian. Dia pun telah membuat rayuan agar video tersebut diturunkan namun tak berjaya.

Menerusi TikTok, Mia memberitahu video-video yang dia buat enam tahun dulu dan masih popular sehingga hari ini telah memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

“Hari-hari saya diingatkan yang beratus juta orang hanya ingat saya ketika saya ditahap paling rendah dan toksik dalam kehidupan saya selama tiga bulan diusia 21 tahun.”

Advertisement


Dia turut memberitahu peminatnya yang dia tak nak gadis-gadis lain jadi seperti dirinya dan menyesal kemudian hari.

“Kesemua 11 video yang saya buat ni akan hantui saya sampai saya mati. Saya tak nak gadis lain lalui perkara yang sama macam saya.”

Kerana luahannya ini, baru-baru peminatnya telah membuat petisyen berjudul “Justice for Mia Khalifa” meminta video-videonya dipadam dari laman web porno.

Setakat ini, petisyen tersebut telah menarik perhatian lebih 1.5 juta orang hanya dalam masa tiga hari.

“Mia Khalifa yang kini berusia 27 tahun ini terjebak dalam industri porno selama tiga bulan pada tahun 2014 di usia 21 tahun. Dia hanya dibayar USD12k dari berjuta-juta keuntungan yang dikaut oleh Pornhub dan BangBros melalui video-videonya.

“Video dia memakai hijab telah menyebabkan dia menerima ugutan mati dari ISIS sehingga ke hari ini. Mia telah menjalani terapi kerana trauma, tekanan emosi dan sering dibuli selepas video-videonya keluar.

Petisyen yang dilancarkan oleh peminat Mia Khalifa menuntut 11 video dipadam.

Advertisement

“Mia dan kumpulannya telah menawarkan sejumlah wang untuk pemilik video-video tersebut namun tak dilayan. Syarikat-syarikat besar tak memberikan Mia Khalifa peluang untuk membawa perkara ini ke mahkamah kerana mereka mempunyai kewangan yang lebih banyak.

“Kami meminta agar video dia dipadam dan perkara ini dapat dibicarakan di mahkamah tanpa meminta Mia mengeluarkan wang yang banyak. Mia telah memberitahu tentang penyesalannya berhubung perkara ini beberapa kali.

“Sila tandatangan petisyen ini untuk bantu menyokong masa depan Mia.”

Kerana memperolehi sambutan yang besar terhadap petisyen ini, Mia mengatakan semua yang tandatangan petisyen ini akan dijemput ke majlis hari jadinya kelak. – LobakMerah/Cin-Ca

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

12 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago