Lagi gambar individu langgar perintah kuarantin tular

KLANG, 22 Julai — Orang ramai dan warga maya sekali lagi menjadi gusar apabila tular gambar seorang lelaki dilihat melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah dengan berada di sebuah restoran di Sungai Udang di sini, pagi tadi.

Tinjauan Bernama di premis itu mendapati beberapa anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang telah mengambil keterangan daripada pekerja restoran berkenaan.

Menurut pekerja restoran itu, Mohamad Khaled Habib, 47, beliau telah melarang lelaki yang jelas dilihat memakai gelang tangan merah jambu tag kuarantin COVID-19 untuk berada di situ, namun lelaki itu enggan beredar.

“Saya sudah larang dia duduk di sini tetapi dia tidak mahu ikut cakap saya. Dia kata sedang tunggu rakan untuk bawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Lelaki itu beritahu dia tiba di Malaysia 14 hari lepas dari India untuk bekerja di restoran ini dan hari ini adalah hari terakhir dia perlu dikuarantin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Advertisement

Kata Mohamad Khaled lagi, lelaki berkenaan berada di restoran tersebut kira-kira 10 minit sebelum beredar bersama rakannya menuju ke HTAR.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli mengesahkan foto tular itu dan berkata siasatan mendapati lelaki berumur 55 tahun dan beralamat di Setapak, Kuala Lumpur itu sepatutnya menjalani tempoh kuarantin di rumah bermula 9 Julai hingga esok selepas tiba dari India.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kehadiran lelaki bergelang tangan merah jambu tag kuarantin COVID-19 di restoran berkenaan namun setibanya anggota di situ, orang dalam pengawasan (PUS) itu telah beredar.

Katanya siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan telah menjalani ujian saringan COVID-19 kedua di Klinik Kesihatan Botanik, Klang dan disahkan negatif wabak berkenaan.

Shamsul Amar berkata buat masa ini, polis mengarahkan premis makanan itu ditutup sementara untuk tindakan lanjut.

Advertisement

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

5 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

5 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago