13 bekas calon PRU14 Bersatu umum keluar parti

Sebanyak 13 bekas calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) – sembilan kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) – hari ini mengisytiharkan keluar parti.

Bekas calon bertanding kerusi Parlimen terbabit ialah Datuk Dr Mohd Faudzi Musa yang pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Setiu, Terengganu; Azran Deraman (Jeli, Kelantan); Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh (Besut, Terengganu); Profesor Dr Salihuddin Radin Sumadi (Pasir Salak, Perak); Mohamad Rafidee Hassim (Kuala Krau, Pahang).

Norliza Ngadiman (Penggerang, Johor); Datuk Khairil Anuar Akhiruddin (Larut, Perak); Mohd Nor Hussin (Gua Musang, Kelantan); dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin (Lenggong, Perak).

Advertisement


Bekas calon kerusi DUN ialah Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut, Terengganu); Kapten Wan Marzudi Wan Omar (Semerak, Kelantan); Dr Wan Zulkhairi Wan Md Zain (Tendong, Kelantan); dan Afif Syairol Abdul Rahim (Bebar, Pahang).

Mohd Faudzi yang mewakili kumpulan berkenaan dalam sidang media di sini, hari ini berkata, mereka akan bertindak sebagai ‘kumpulan pemerhati’ dan tidak akan menyertai mana-mana parti buat sementara waktu.

“Keputusan dibuat setelah mengambil kira pendapat suara akar umbi dan ia dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak,” katanya.

Ditanya adakah mereka akan menyertai parti baharu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pejuang Tanah Air, Mohd Faudzi berkata perkara itu masih dalam perbincangan memandangkan ia belum ditubuhkan secara rasmi.

– Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

20 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago