Lembaga Pengampunan beri nasihat salah berhubung pengampunan penuh Anwar- Peguam

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam memberikan pengampunan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selaku plaintif berkata, komposisi Lembaga Pengampunan juga tidak teratur ketika itu, maka nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA adalah tidak sah.

“Dalam isu ini, yang salah adalah Lembaga Pengampunan dan bukannya YDPA. Pihak kami mencabar nasihat yang salah diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika berhujah terhadap permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan bagi membatalkan saman dikemukakan Mohd Khairul Azam berhubung pengampunan penuh yang diberikan terhadap presiden PKR itu.

Advertisement

Menurut Mohamed Haniff, pengampunan hanya boleh diberi kepada pesalah bertujuan untuk menamatkan atau menggantung sesuatu hukuman dan bukannya membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

“Jika sesuatu sabitan itu dibatalkan, ia bermaksud kita memainkan peranan mahkamah kerana hanya mahkamah yang boleh mendengar (keterangan dan bukti) dan mahkamah juga yang boleh membuat keputusan,” katanya.

Peguam J.Leela yang mewakili Anwar pula berhujah bahawa pengampunan penuh yang diberikan oleh YDPA tidak boleh dicabar di mahkamah dan plaintif (Mohd Khairul Azam) juga tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman berkenaan.


“Tuntutan saman plaintif adalah remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya yang turut memaklumkan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris berkata pihaknya juga bersetuju dengan peguam Leela bahawa Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan membolehkan YDPA mengeluarkan perintah pengampunan untuk sabitan.

Advertisement

Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudiannya menetapkan 21 Sept untuk keputusan permohonan itu dan mengarahkan kesemua pihak terlibat memfailkan hujahan lanjut, sekiranya ada sebelum atau pada 21 Ogos.

Pada 26 Feb lepas, Mohd Khairul Azam selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.

Mengikut penyataan tuntutan, Mohd Khairul Azam berkata pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, peguam itu mendakwa pada 9 Mei 2018, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dan kerajaan baharu dibentuk, beberapa tindakan salah dan tidak berperlembagaan telah dilaksanakan bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalaninya.

Dakwa plaintif, selepas dua hari kerajaan baharu dibentuk, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media pada 11 Mei 2018, mengumumkan bahawa YDPA telah bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Advertisement

Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar adalah bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh YDPA hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baharu dan adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan dapat bersidang memberikan nasihat kepada YDPA bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati YDPA berkenaan rayuan pengampunan Anwar, mengakibatkan nasihat yang diberikan kepada YDPA adalah tidak sah dan terbatal.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

12 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago