Serangan Masjid Christchurch: New Zealand Masukkan Pesalah Dalam Senarai Pengganas

Pesalah yang bertanggungjawab ke atas serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019, dimasukkan ke dalam senarai entiti pengganas, demikian umum Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Selasa.

“Penetapan itu menunjukkan New Zealand sangat mengecam keganasan dan ekstremisme dalam apa jua bentuk,” kata Arden dalam satu kenyataan lapor agensi berita Xinhua.


Perdana Menteri itu berkata ia dilakukan berdasarkan undang-undang New Zealand, membekukan aset entiti pengganas dan menjadikannya satu kesalahan jenayah jika turut serta atau menyokong aktiviti entiti berkenaan.

“Ia bagi memastikan pelaku tidak boleh terlibat dalam membiayai keganasan pada masa akan datang,” kata Ardern.

Advertisement

“Kita mempunyai tanggungjawab kepada New Zealand dan masyarakat antarabangsa untuk mencegah keganasan,” katanya.

Kini terdapat 20 entiti pengganas di bawah undang-undang New Zealand, termasuk dalang kejadian Christchurch itu.

Di bawah Seksyen 22 Akta Memerangi Keganasan 2002, Arden menetapkan individu atau kumpulan sebagai entiti pengganas, atas nasihat pegawai.

Maklumat lanjut mengenai proses itu boleh didapati di laman web Polis New Zealand, katanya.


Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

7 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago