Penunggang Dan Pembonceng Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori

Parit Buntar: Dua wanita masing-masing penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas kenderaan mereka merempuh belakang lori di Kilometer 118.6 Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Simpang Lima, di sini, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, penunggang motosikal, Rosalina Salim, 18, bersama pembonceng yang belum disahkan identiti, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala, lapor Harian Metro.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal jenis Yamaha Ego Solariz dikatakan dalam perjalanan dari arah Parit Buntar menghala Bagan Serai.

“Siasatan awal polis mendapati lori terbabit menghentikan kenderaannya kerana lampu isyarat di hadapan bertukar warna merah.

Advertisement

“Susulan itu kedua-dua mangsa yang berada di belakang gagal mengawal motosikal lalu merempuh belakang lori itu.


“Kesan pelanggaran itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, pihaknya masih mengesan identiti mangsa kedua dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

12 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago