Malu Dihina ‘influencer’, Pesuruhjaya Sumpah Lapor Polis Dan Ambil Tindakan Sivil

JOHOR BAHRU: Seorang wanita membuat laporan polis hari ini, susulan dakwaan seorang personaliti media sosial (influencer) menghina bentuk fizikalnya menerusi laman Facebook (FB) secara langsung.

Suharnizan Md Sidek, 37, yang juga Pesuruhjaya Sumpah mendakwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambarnya berserta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.


Katanya, insiden yang berlaku pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.

“Selepas komen itu, saya menyambung kerja pejabat saya dan tidak mengikuti video berkenaan. Kemudiannya, saya dimaklumkan rakan bahawa dalam video itu diri saya ditularkan.

Advertisement

“Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati individu berkenaan dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan ketika itu dan mengharapkan perkara ini tamat dengan sendirinya.

“Namun, pada 14 September (semalam), saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikal saya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini.


Suharnizan berkata, selain paparan tular sehingga ke YouTube, dia mendakwa terdapat juga pihak tidak dikenali cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan imejnya iaitu mewujudkan FB dan ‘Page’ palsu atas namanya.

“Saya mengalami tekanan, trauma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemurungan dan gangguan emosi termasuk di tempat kerja. Saya kemudiannya mendapatkan nasihat peguam yang menyarankan tuntutan sivil dibuat terhadap individu itu,” katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Mohd Rasheed Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti itu, yang mana merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Advertisement

Katanya, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kerana ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BH Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

5 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago