“Tidur Dalam Keadaan Enjin Masih Hidup Dan Cermin Tertutup Rapat,” Satu-Satunya Mangsa Masih Hidup, Nor Aqilah Beri Keterangan Kepada Polis

BUKIT MERTAJAM – Polis telah merekodkan keterangan satu-satunya mangsa yang selamat dalam kejadian empat sahabat keracunan karbon manoksida dalam kereta, ketika mereka berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, dekat sini 16 Sept lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata, pegawai penyiasat kes itu telah mengambil keterangan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, sebaik beliau dibenarkan keluar daripada wad di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada minggu lepas.


“Walaupun kes itu disiasat sebagai kematian mengejut (SDR), polis tetap mengambil keterangan daripada mangsa yang selamat, bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan keterangan Nor Aqilah, ketika berhenti di stesen minyak itu mereka dalam keadaan letih dan lapar dan membeli makanan di situ, sebelum kesemuanya tertidur di dalam kenderaan yang enjinnya masih hidup dengan cermin tertutup rapat.

Advertisement

“Nor Aqilah memaklumkan dia kemudiannya tidak tahu apa lagi yang berlaku dan sedar-sedar dia sudah berada di hospital, sebelum dimaklumkan ahli keluarga yang kembarnya (Nor Adilah) serta dua lagi sahabatnya telah meninggal dunia,” katanya.


Dalam kejadian itu, tiga wanita, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal, selepas keempat-empat mereka yang berumur 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri, di kawasan tempat letak kereta stesen minyak Sama Gagah, dipercayai akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta itu, dengan cermin tingkap tertutup.

Mereka ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

22 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago