Individu Ditahan SPRM Dipercayai Koordinator Kepada Sindiket Penipuan Dari China – Polis

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram baru-baru ini dipercayai merupakan koordinator atau ejen kepada sindiket penipuan dari China yang menyasarkan mangsa dari negara itu.


Menurut siasatan polis, kedua-dua lelaki itu, termasuk yang melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM pada 11 Okt lepas, berperanan sebagai penyelaras yang menyediakan kemudahan kediaman serta pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi kepada warga China yang diupah oleh sindiket untuk memperdaya rakyat senegara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed turut menafikan dakwaan seorang daripada suspek yang ditahan itu akan dibebaskan.

Lelaki itu kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu dan usaha mengesan suspek yang melarikan diri juga giat dijalankan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Advertisement


Huzir menjelaskan perkara itu ketika ditanya mengenai rakaman perbualan telefon yang tular sejak minggu lepas, kononnya suspek bergelar “Datuk” akan dilepaskan dengan mudah disebabkan mempunyai hubungan dengan pemimpin politik.

Mendedahkan modus operandi sidiket terbabit, beliau berkata pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam, judi dalam talian dan pembelian barang dengan menyasarkan warga China di negara berkenaan.

Pada 11 Okt lalu, media melaporkan seorang suspek utama sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan melibatkan selebriti tanah air, meloloskan diri daripada ditahan polis dengan memanjat pagar SPRM menerusi bantuan dua pengawal peribadinya.

Huzir berkata tiga suspek yang ditahan sebelum ini selepas dibebaskan SPRM bagi membantu siasatan kes perjudian Macau Scam, kini ditahan menurut Seksyen 4(1)(a) POCA 1959 selama 21 hari hingga 3 Nov ini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,

Advertisement

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago