PM Muhyiddin Beredar Selepas Lebih Dua Jam Di Istana Abdulaziz

KUANTAN, 23 Okt – Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz di sini pada 7.10 malam tadi, selepas berada di situ selama lebih dua jam.


Terdahulu, beliau yang dipercayai hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di perkarangan istana pada 4.40 petang tadi.

Turut serta ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Juga kelihatan beberapa buah kenderaan rasmi milik kerajaan negeri Pahang, namun tidak dapat dipastikan siapa yang menaiki kenderaan terbabit.

Advertisement

Difahamkan konvoi kenderaan yang membawa Perdana Menteri akan terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan di sini untuk menaiki pesawat pulang ke ibu kota.

Pada pagi tadi, Muhyiddin dilapor mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.


Turut dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pagi tadi ialah kenderaan yang membawa Affendi.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

12 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago