Kelantan Bukti Pentadbiran Islam Dapat Dilaksanakan, Kata Mohd Amar

KOTA BHARU – Beberapa kejayaan yang dicapai kerajaan Kelantan di bawah PAS selama 30 tahun termasuk pentadbiran bebas rasuah, membuktikan Islam boleh dijadikan dasar dalam pemerintahan sesebuah negeri mahupun negara pada zaman moden ini.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pentadbiran berasaskan Islam yang dilaksanakan PAS sepanjang tempoh pentadbirannya di negeri itu berjaya mengekalkan rekod pentadbiran sifar rasuah di negeri itu.

“Kalau kita baca buku-buku politik, ‘acid test’ kepada sesebuah kerajaan ialah indeks rasuah dalam pentadbiran…Alhamdulillah, dengan izin Tuhan, dengan kerjasama semua pihak, kita berjaya mengekalkan rekod sifar rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pameran Tiga Dekad Pentadbiran Kerajaan Kelantan Membangun Bersama Islam di Muzium Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Advertisement


Justeru, beliau menyeru semua pemimpin di bawah pentadbiran kerajaan Kelantan ketika ini supaya mengekalkan kualiti sebagai pemimpin yang penuh amanah, jujur, serta merendah diri dengan mengikuti prinsip Islam agar dapat meneruskan setiap kejayaan pada masa hadapan.

Menurut Mohd Amar kerajaan negeri yang dibarisi pimpinan PAS juga berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap keupayaan Islam sebagai asas dalam pentadbiran negeri dan negara dalam zaman moden kini.

“Dulu, tanggapan masyarakat tidak yakin bahawa Islam boleh jadi asas pentadbiran sesebuah negeri atau sesebuah pemerintahan dalam zaman moden. Keduanya, orang juga tidak yakin seorang ulama boleh menjadi pemimpin nombor satu dalam negeri.

“Namun, dalam masa 30 tahun ini, kita (PAS dan kerajaan Kelantan) berjaya membuktikan Islam boleh menjadi dasar negeri dan boleh beroperasi dalam sebuah negara ataupun negeri moden seperti Malaysia dan Kelantan. Maknanya tiada pertembungan besar antara Islam dengan pentadbiran,” katanya.

Menurutnya kebolehan Allahyarham Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kini Menteri Datuk Ahmad Yakub sebagai Menteri Besar Kelantan sebagai pemimpin nombor satu negeri juga membuktikan keupayaan ulama untuk memimpin negeri.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata setakat ini, tiada sebarang perbincangan untuk membawa pemimpin Umno untuk membarisi jawatan exco negeri namun perubahan itu mungkin dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago