Cedera Terkena Tembakan, Anggota PGA Tidak Kecewa, Tetapi Geram

BUKIT KAYU HITAM — “Saya langsung tidak kecewa (terkena tembakan), tapi berasa sangat geram!,” luah Lans Koperal Muhammad Amirul Amir, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini petang semalam.

Anggota berusia 26 tahun berasal dari Kota Tinggi, Johor yang cedera ringan di bahagian perut akibat terkena peluru ‘ball bearing’ itu berkata semasa kejadian dia langsung tidak berasa panik dan segera ke pos kawalan terdekat untuk mendapatkan bantuan.


“Sebelum kejadian saya sedang melakukan rondaan dengan motosikal, tiba-tiba rasa pedih di perut, mula tu saya ingat kena sengat serangga berbisa.

“Tapi bila selak jaket kalis peluru, ada peluru ball bearing terselit dan spontan saya berpaling ke arah sempadan negara jiran dan nampak kelibat seorang individu berpakaian gelap,” katanya ketika ditemui di pos kawalan M16 di sini, hari ini.

Advertisement

Selepas mendapatkan bantuan rakan sepasukan dan kembali ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari pos kawalan itu, kelibat individu berkenaan sudah tidak kelihatan.

“Masa tu rasa geram sungguh sebab dia buat macam tu dari dalam negara dia, kalau dia masuk ke negara kita ada la tindakan boleh ambil,” katanya yang telah berkhidmat sebagai anggota PGA hampir lapan tahun.

Muhammad Amirul berkata kejadian yang menimpanya itu langsung tidak melemahkan semangatnya untuk menjaga keselamatan negara dan terus menyambung tugas di pos kawalan tersebut seperti biasa.

“Semangat rasa lebih kuat lagi dan kawan-kawan pun banyak bagi sokongan dan nasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak sesekali terleka atau cuai ketika bertugas,” katanya.

Bapa kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun itu berkata tugas sebagai anggota keselamatan akan terus digalas dengan bangga dan akan sentiasa memastikan tahap kesiapsiagaannya berada pada tahap optimum.

Advertisement


Dalam kejadian pada 6.15 petang semalam, Muhammad Amirul mengalami kecederaan ringan di bahagian perut selepas terkena tembakan senapang angin yang dilepaskan dari kawasan negara jiran.

Sebelum ini, Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan itu adalah penyeludup memandangkan lokasi kejadian adalah antara laluan kegiatan jenayah itu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago