Jururawat Hamil 30 Minggu Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Bayi Berjaya Diselamatkan

Menerusi satu hantaran di Facebook Fakulti Perubatan UiTM, memaklumkan seorang jururawat yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Artini Dzolkarnaini, meninggal dunia disebabkan komplikasi Covid-19.


Lapor Harian Metro, arwah meninggal dunia di Hospital UiTM pada jam 5.30 pagi tadi. Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang sarat mengandung 30 minggu anaknya yang keempat.

“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.”

Advertisement

Ada juga yang mendakwa, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan caeser dan kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Terdahulu, Artini merupakan seorang jururawat yang terlibat dalam program pemulihan jantung. Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarganya dan beliau merupakan ibu kepada lima anak termasuk bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Malahan, rakan sekerja kepada arwah menggambarkan beliau seorang yang rajin bekerja dan disenangi rakan sekerja yang lain.


Sumber: Harian Metro Fakulti Perubatan UiTM

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

24 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago