Ustaz Ebit Lew Taja Penuh Lebih RM 40k Bantu Adik Nurul Asma Sambung Pengajian

Baru-baru ini, tular kisah mengenai seorang pelajar pintar yang menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan.

Perkara berkenaan menjadi tular di media sosial dan turut mendapat perhatian banyak pihak.

Terbaru, seorang pendakwa terkenal yang banyak menjalankan aktiviti kebajikan, Ustaz Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan kepada pelajar cemerlang berkenaan.

Melalui perkongsian yang dibuat di laman facebooknya, beliau turut berbesar hati untuk menaja pengajian adik berkenaan yang berjumlah RM 40 ribu.

Advertisement


Ikuti perkongsian tersebut dibawah.

“Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.”

“Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).”

“Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.”

“Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer”

Advertisement

“Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah..” 

 

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

20 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago