‘Hobi’ Pelik Pecah 18 Cermin Kereta

Di Port Dickson, Negeri Sembilan, seorang pemuda berusia 24 tahun, mempunyai hobi yang agak pelik lain daripada orang lain.

Apa yang peliknya, apabila dia cenderung untuk memecahkan cermin kereta orang ramai dengan menggunakan batu bata.


Foto: Azrul Adam

Menurut laoran Harian Metro, sehingga kini, sebanyak 18 kereta telah menjadi mangsa perbuatan suspek yang tidak bertanggungjawab itu. Walau bagaimanapun, suspek telah pun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas tiga motosikal bersama kunci, topi keledar dan pakaian digunakan suspek ketika semasa melakukan jenayah itu di sebuah bengkel di Batu 9, Teluk Kemang. Susulan penahanan itu, polis yakin berjaya menyelesaikan kes kejadian pecah cermin kereta yang dibaling batu bata sejak seminggu lalu.”

Foto: Harian Metro 

Difahamkan, hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek bergerak secara aktif dan berseorangan di sekitar kawasan Taman Perumahan di Port Dickson, Teluk Kemang serta Lukut.

“Batu bata yang digunakan (untuk memecahkan cermin kenderaan) dikutip di tepi jalan sekitar tempat kejadian. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tempoh lima tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya.”

Di media sosial rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang menyusahkan orang ramai.

Advertisement

Sumber: Harian Metro Azrul Adam

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago