Akhirnya Terbongkar, Ternyata Yang Menghamilkan Siti Bukan ‘Angin’ Tetapi Bekas Suaminya

Pertengahan Februari lalu, negara jiran dihebohkan dengan pengakuan seorang wanita bernama Siti Zainah yang mendakwa dihamilkan oleh ‘angin’.

Siti mengakui dia hamil selepas satu jam dan kemudian melahirkan anak-anak setelah angin bertiup ke dalam organ sulitnya.

Namun selepas pihak berkuasa menjalankan siasatan, Siti sebenarnya bukan dihamilkan oleh angin yang selama ini menjadi ‘mangsa’ fitnah. Sebaliknya yang menghamilkan Siti adalah bekas suaminya sendiri iaitu Muhammad Sofiuloh.

Difahamkan, Siti dan Sofiuloh telah bercerai secara sah mengikut agama sejak empat bulan lalu. Ketika disoal siasat oleh polis, Sofiuloh akhirnya mengaku bahawa bayi yang dikandung Siti itu adalah anaknya.

Advertisement


Sebelum itu, pihak polis mahu melakukan ujian DNA untuk memastikan bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan oleh Siti. Dengan pengakuan Sofiuloh, ujian DNA itu terpaksa dibatalkan.

Polis tidak menolak kemungkinan yang proses kehamilan itu sudah berlaku sebelum pasangan itu bercerai dan mungkin Siti sempat melakukan hubungan intim bersama bekas semuanya sebelum bercerai.

Bagi mengesahkan perkara itu dan memastikan tidak ada polemik di kalangan masyarakat, polis akan segera mengambil sampel DNA dari Sofiuloh untuk dipadankan dengan DNA bayi perempuan Siti.

Langkah itu diambil bagi menangani isu tersebut yang dikhuatiri boleh menyesatkan masyarakat lebih-lebih lagi berita kelahiran bayi perempuan berkenaan tanpa proses hubungan badan sudah tersebar di merata tempat. – Agensi

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago