Penganggur Didenda RM10,000 Kerana Hina Nabi Muhammad Dan Islam

Akibat memuat naik hantaran bersifat jelik menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam, seorang penganggur didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 39, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan tersebut.


Bagi setiap pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Mohd Zahrein membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Zahrein didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil “Semar Tilem”.

Advertisement

Kedua-dua hantaran itu dibaca di UTC Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat Kuala Lumpur pada jam 11 pagi 8 Mei 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, peguam LA Gomes yang mewakili Mohd Zahrein memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya telah insaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam.

“Mohon mahkamah mengambil kira tindakan OKS itu membuatkan kucar-kacir dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Advertisement

– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago