Ancaman Korea Utara: PDRM Siap Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan ‘Peringatan Keras’ Korea Utara

KUALA LUMPUR,  23 Mac (Bernama) — Semua pesuruhjaya polis, ketua polis negeri dan pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memantau perkembangan semasa isu Korea Utara susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan negara berkenaan di Malaysia Kim Yu-Song.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini.

“PDRM sentiasa mengambil pendekatan untuk terus berhati-hati kerana banyak kejadian-kejadian (isu keselamatan) yang mengaitkan dengan Korea Utara.


Tindakan untuk meningkatkan pengawasan, pemantauan di lokasi-lokasi sensitif diteruskan dan digandakan sehingga ke satu masa dan tarikh kita berasa selesa bahawa tidak ada lagi risiko begini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Advertisement

Abdul Hamid berkata beliau mengharapkan isu sedemikian dapat diselesaikan dengan baik dan sekiranya  Kerajaan Korea Utara tidak berpuas hati mereka boleh mengambil langkah-langkah mengikut protokol antarabangsa.

“Sebenarnya apa yang berlaku ini, bukanlah disebabkan kita ingin memusuhi Korea Utara tetapi mereka yang membuat keputusan sendiri untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana marah  apabila seorang rakyat negara itu diekstradisi ke Amerika Syarikat,” katanya.

Jumaat lepas, Pyongyang mengumumkan ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan besarnya di negara berkenaan yang operasinya sudah digantung sejak 2017.

Kerajaan juga mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan ahli keluarga mereka di Kuala Lumpur supaya meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam pada hari sama.

Advertisement

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973, serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdagangan hinggalah pada 2017 selepas Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia.

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago