Tak Restu Hasratnya Bernikah, Anak Penggal Leher Bapa

Seorang lelaki nekad memenggal kepala bapanya sendiri dan membawa kepala mangsa keliling kampung untuk ditunjukkan kepada penduduk dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang, Isnin, 22 Mac 2021, di Lampung Tengah, Indonesia.

Lapor Tribun News, suspek nekad membunuh bapanya dipercaya kerana bengang hasratnya untuk bernikah tidak direstui. Setelah membunuh mangsa, suspek kemudian berjalan keliling kampung sambil membawa kepala bapanya yang diletakkan dalam guni untuk ditunjukkan kepada para penduduk, serta berteriak, “Bapak aku mati! Bapak aku mati!”.

Perbuatannya itu menyebabkan ada segelintir penduduk ketakutan dan melarikan diri. Ada yang percaya suspek mengalami gangguan jiwa sehingga bertindak membunuh bapanya sendiri dengan memenggal kepala mangsa.


Kejadian itu hanya disedari oleh isteri mangsa selepas dia keluar dari bilik mandi. Sebelum itu, Ningsih, 55, dan suaminya baru saja pulang dari sawah. Mangsa terus pergi duduk di belakang rumah, manakala isterinya pergi mandi. Di kesempatan itu, suspek terus mengambil golok dan menetak leher mangsa.

Advertisement

Ketua Kampung Sendang Rejo, Hotini berkata, sebaik saja isteri mangsa keluar dari bilik mandi, dia terdengar suara pergaduhan di bahagian belakang rumah. Apabila diperiksa, dia terkejut melihat badan suaminya berlumuran darah tanpa kepala.

Ningsih terus menjerit ketakutan dan berlari keluar meminta bantuan jiran. Jiran yang terdengar jeritan Ningsih terus datang dan menghubungi polis.

“Suspek sempat membawa kepala bapanya di sekeliling kampung dalam guni berwarna putih sebelum ditangkap. Mayat mangsa juga dibawa ke hospital berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Dakwaan yang mengatakan suspek mengalami gangguan jiwa, Hotini berkata pihak polis sedang melakukan siasatan bagi mengetahui motif sebenar suspek.

Ada yang mengatakan suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana hasratnya untuk bernikah tidak dipersetujui oleh kedua orang tuanya yang menyebabkan timbulnya perasaan dendam dalam diri suspek.

Advertisement

Sumber: Tribun News

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

15 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago