Tiga Pekerja Kilang Dihukum Penjara Penjara Guna Sijil Cuti Palsu

BUKIT MERTAJAM — Tiga lelaki pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara lima hari selepas mengaku bersalah manakala tiga wanita minta dibicarakan di Mahkamah Majistret sini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu.

Muhammad Zulhakimi Masdi, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha manakala di Mahkamah Majistret berlainan, Mohamad Hafizi Zainuddin, 28 dan Muhammad Amir Md Ishak, 19, juga mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.


Sri Pracha memerintah hukuman penjara lima hari terhadap Muhammad Zulhakimi bermula dari hari ini dan denda RM3,500 manakala Mohd Zaki menjatuhkan hukuman lima hari penjara bermula dari tarikh tangkap 22 Mac 2021 dan denda RM 2,700 terhadap Mohamad Hafizi dan Muhammad Amir.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa secara berasingan dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sijil cuti sakit yang mana dokumen tersebut adalah palsu.

Advertisement

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat dalam daerah Seberang Perai Tengah pada 9 pagi antara Oktober 2020 hingga Februari 2021.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, tiga wanita iaitu Nurul Izzah Abdul Razak, 20, Nur Farah Amira Alisham, 20, dan Marsya Fatini Mohd Rani, 19, mengaku tidak bersalah selepas dituduh di kedua-dua Mahkamah Majistret tersebut.

Nurul Izzah dan Nur Farah dituduh secara berasingan dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sijil cuti sakit yang mana dokumen tersebut adalah palsu.

Marsya pula menghadapi dua pertuduh yang sama dengan tarikh berlainan iaitu bertarikh 4 dan 26 Feb 2021.

Advertisement

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama diantara Oktober 2020 hingga Februari 2021 dan didakwa di bawah seksyen yang sama.

Mohd Zaki membenarkan Nurul Izzah diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Sri Pracha Nanthini membenarkan Nur Farah dan Marsya Fatini diikat jamin RM2,700.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula ketiga-tiga tertuduh.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

20 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago