Polis Siasat Sekumpulan Anggota Merokok Di Kedai Makan

IPOH, 7 April (Bernama) — Polis Perak menjalankan siasatan tatatertib berhubung isu beberapa anggotanya berpakaian uniform yang merokok selepas selesai menjalankan tugas di sebuah gerai makan di Pasir Puteh di sini, seperti yang tular dalam laman sosial hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamed Nordin Abdullah berkata tindakan itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran tatatertib atau kor etika Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh anggota terbabit.


“Semakan PDRM Daerah Ipoh mendapati individu dalam gambar tersebut merupakan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh mengenai perkara yang tular berkenaan untuk dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tindakan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Nordin berkata isu berkenaan telah ditularkan oleh pengguna laman media sosial Facebook, Araa Qisha dan turut dikongsikan laman Facebook Public Health Malaysia yang mendapat perhatian umum.

Advertisement

“Saya ingin menegaskan pihak PDRM Daerah Ipoh sentiasa menjalankan amanah dengan adil, telus dan profesional dan anggota polis juga tertakluk kepada pematuhan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negara ini,” katanya.


Mohamed Nordin berkata pihaknya turut mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai perkhidmatan mereka namun diharapkan agar segala permasalahan dan aduan tentang tingkah laku atau perkhidmatan dapat disalurkan melalui saluran yang betul iaitu dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Ipoh di talian 05-2542222.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

4 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago