[VIDEO] Ratu Cantik Sri Lanka Tergamam Selepas Mahkota Dirampas Masa Live, Didakwa Tak Layak Menang

Hanya beberapa minit sahaja ratu cantik Sri Lanka 2021, Pushpika De Silva dapat merasai kemenangan wanita tercantik ‘Mrs. Sri Lanka’ sebelum dirinya cedera di bahagian kepala apabila mahkota dirampas dalam kejadian yang disiar secara langsung di televisyen di Colombo.



Caroline Jurie yang merupakan Mrs Sri Lanka 2019 secara tiba-tiba telah meluru naik ke pentas lalu merampas mahkota yang telah dipakai oleh De Silva untuk diberi kepada naib juara.

Menurut Global News, Jurie mengatakan bahawa De Silva telah bercerai dan dia tidak layak untuk memenangi pertandingan tersebut. Oleh kerana itu, dia memberikan mahkota berkenaan kepada orang lain.

“Ada peraturan yang perlu diikut iaitu kita semua perlu berkahwin dan tidak boleh bercerai, jadinya saya mengambil langkah pertama bahawa mahkota itu perlu diberi kepada juara.”

Advertisement

Namun, De Silva telah menafikan yang dirinya telah bercerai cumanya dia hanya tidak tinggal sebumbung bersama suaminya dan telah memuatnaik satu posting di Facebook  yang mendakwa dirinya mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta perlu dirawat di hospital.

Pihak penganjur telah menobatkan semula dirinya sebagai Mrs Sri Lanka. Menurut ketua Mrs Sri Lanka World, Chandimal Jayasinghe, dia merasa sangat kecewa dan malu apabila Jurie bersikap seperti itu semasa berada di atas pentas. Pihak organisasi Mrs World telah jalankan siasatan mengenai masalah yang terjadi.

Sumber : Global News 

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

17 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago