“Sekarang You Toleransi Sikit Bolehkah?” – Firdaus Wong Kesal, Pemilik Bengkel Bina Tokong Depan Tangga Pejabatnya

Pendakwah bebas, Firdaus Wong menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemilik bengkel sebelah pejabatnya yang membina tokong di hadapan tangga pejabat miliknya.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial dikongsikan oleh Firdaus Wong di akaun Facebooknya, jiran yang berada di sebelah pejabatnya telah berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai perkara ini namun alasan yang diterima tidak munasabah.


Dakwa jirannya, kewujudan tokong itu sama sekali tidak mengganggu operasi harian orang lain, malah mendakwa telah mendapat ‘kelulusan’ pihak berkuasa tempatan.

Advertisement

“Itu **** you jangan risau lah. Saya sudah ‘settle’ sama ****. Sekarang you toleransi sikit bolehkah?”

Tambah Firdaus, dia sebenarnya sudah bertoleransi mengenai isu tersebut walhal ianya dibina menggunakan batu bata milik dia.

Lebih mengelirukan, jirannya mendakwa tokong tersebut sudah lama dibina namun hakikatnya baru sahaja siap sebulan.

Tanpa ingin memanjangkan isu berkenaan, Firdaus meminta jirannya untuk memindahkan tokong itu di depan bengkelnya sendiri tanpa merobohkannya.

Dia juga berharap pihak berkuasa tempatan menyiasat pembinaan tokong yang dikatakan menyalahi undang-undang ini.

Advertisement

Sumber : Firdaus Wong 

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago