Kepala Penghantar Makanan Terima 9 Jahitan, Dipercayai Dipukul Suami Pelanggan Guna Tukul Besi

Seorang penghantar makanan cedera di kepala selepas dihentak menggunakan penukul besi oleh seorang lelaki ketika menghantar makanan di sebuah pangsapuri di Bayan lepas, semalam.

Memetik laporan Kosmo Online, akibat daripada hentakan tersebut, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa menerima sembilan jahitan pada kepala.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.10 petang di perkarangan pangsapuri itu tercetus akibat pertengkaran mulut dengan suami pelanggan.

Advertisement

”Kejadian berlaku akibat suspek tuduh mangsa memarahi isterinya kerana lambat ambil makanan yang dipesan.

”Akibat pertengkaran itu, suspek didakwa memukul mangsa dengan penukul besi sehingga cedera pada kepala dan menerima sembilan jahitan,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Soffian berkata, pihak polis yang menerima laporan telah menahan suspek ditahan kira-kira pukul 11.15 malam tadi di rumahnya di pangsapuri itu.

Polis turut merampas senjata yang digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago