‘Datuk’ Addy Kana, Dua Anggota Polis Dibebaskan Dari Poca

Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai “Datuk Addy Kana” dan dua anggota polis yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan satu sindiket perjudian dalam talian, dibebaskan dengan serta-merta.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.


Empat lagi hakim yang merupakan ahli panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Zaidi, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad yang berusia antara 35 hingga 40 tahun merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan permohonan writ habeas corpus mereka supaya dibebaskan dengan serta-merta.

Advertisement

Tengku Maimun bersetuju responden terdiri daripada mahkamah majistret, ketua polis negara, kerajaan dan ASP Khairul Fairoz Rodzuan tidak memenuhi keperluan undang-undang untuk menjustifikasi kesahan penahanan ketiga-tiga mereka.

“Rayuan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan writ habeas corpus perayu (Addy Kana dan dua lagi) dibenarkan. Justeru, dengan perintah setiap perayu dibebaskan daripada tahanan serta-merta,” kata Hakim Tengku Maimun.

-Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago