[VIDEO] ‘Katak Ini Lebih Sedap Dari Ayam’ – Penduduk Temui Katak Sebesar Bayi Manusia

Penduduk di Kepulauan Solomon terkejut selepas menemui katak yang saiznya sebesar bayi manusia dengan berat hampir mencecah satu kilogram.

Video menunjukkan haiwan amfibia, Cornufer guppyi frog, muncul di kawasan kampung selepas ditemui di semak pada April lalu.

Gambar lain menunjukkan katak berkenaan yang biasanya membesar sehingga 10 inci panjang, saiznya hampir separuh dari badan kanak-kanak lelaki yang memegangnya.


Pemilik kilang kayu, Jimmy Hugo, 35, sebelum itu sedang memburu babi liar di pinggaran Honiara, Kepulauan Solomon, sebelum menemui katak gergasi itu.

Advertisement

Jimmy berkata, “Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Ia adalah katak terbesar yang pernah saya lihat dalam hidup saya. Ia sama (saiznya) dengan bayi manusia.

“Kami menggelarnya ‘ayam belukar’ kerana ada segelintir penduduk kampung gemar menjadikan haiwan itu sebagai makanan berbanding ayam. Tetapi haiwan ini amat sukar ditangkap.

“Beberapa ekor anjing berjaya menangkap katak ini dan bermain dengannya di kawasan semak dan di kesempatan itulah saya berjaya merakam gambarnya.

“Katak itu akhirnya dimakan oleh kami kerana ia sudah mati. Tetapi kami harap lain kali kami dapat menangkapnya hidup-hidup,” katanya.

Cornufer Guppyi adalah salah satu katak terbesar di dunia dan pernah dijumpai di New Britain di Kepulauan Bismarck hingga Kepulauan Solomon.

Advertisement

Namun, populasi spesis ini dilaporkan telah menurun sejak beberapa tahun ini kerana aktiviti penebangan dan penempatan masyarakat yang berkembang di habitat semulajadi mereka.

Bahan kimia yang terdapat dalam bahan pencuci yang digunakan oleh manusia mencuci pakaian mereka di kawasan sungai juga berbahaya dan boleh merosakkan kulit sensitif katak.

Katak terbesar di dunia dikenali sebagai katak Goliath yangg biasanya dijumpai di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah, di bahagian barat daya selatan Cameroon dan utara Equatorial Guinea. Spesis ini  boleh membesar sehingga 32 sentimeter panjang dan berat mencecah hingga 3.25 kilogram.

Sumber: Daily Mail

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago