Tular Video ‘Frontliner’ Palestin, Dr Mai Afana Didakwa Terbunuh Dalam Serangan Semasa Melalui ‘Checkpoint’ Tentera Israel

Seorang petugas barisan hadapan Palestin iaitu Dr Mai Afana dilaporkan terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Israel dalam satu kejadian semalam.

Doktor muda berusia 29 tahun itu didakwa diserang tentera berkenaan ketika sedang melalui sebuah pusat pemeriksaan di Hezme, Palestin.

Situasi selepas kejadian sempat dirakam penduduk tempatan sebelum rakaman tersebut tersebar meluas di media sosial.

Kematian Dr Mai Afana itu ditangisi oleh warganet dengan rata-ratanya mengucapkan salam takziah ke atas kematiannya.

Advertisement

Sementara itu, netizen turut ‘tertarik’ dengan kapsyen yang ditulis Allahyarhamah dalam ‘cover photo’ di laman Facebooknya, Dr-mai Anafeh.

Difahamkan, itu adalah kemaskini yang terakhir dibuatnya pada 17 Mei lalu, memaparkan gambar seorang kanak-kanak Palestin yang tercedera.

Kapsyen tersebut berbunyi;

“Wahai anak kecilku, air matamu lebih bersih daripada air Zamzam … Kami adalah orang yang enggan dipanggil ‘pelarian dan terlantar’ adalah satu kehidupan, sama ada dengan maruah atau musnahkan kami dan robohkan rumah-rumah di atas kepala kami, kami akan melahirkan anak-anak walaupun kami tahu bahawa mereka mati syahid pada masa depan, kita akan mengajar maruah ini kepada dunia..”

Salam takziah buat Dr Mai Afana atas ‘kepulangan’ menuju Pencipta-Nya ke ‘negara’ kekal abadi. Al-Fatihah!

Advertisement

Sumber: Shehab / Wafa News / Osama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

16 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago