Respon Tun Mahathir Selepas UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada PM

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi malam tadi telah membuat satu pengumuman mengejut mengenai penarikan semula sokongan UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik Sinar Harian yang mendapatkan pandangan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara ini dan beliau berkata tidak peduli sama ada UMNO akan keluar atau tidak daripada kerajaan PN.

“Dia (UMNO) berkira pasal politik sahaja. Saya tidak peduli dia sokong Muhyiddin Yassin, dia selamat juga. Kalau Muhyiddin jatuh, dia jatuh juga. Dia nak buat apa, di buatlah.”

“Bagi saya yang utama ialah macam mana kita tangani Covid-19.” ketika menjadi panel dalam program Reset Malaysia: Permasalahan dan Solusi yang disiarkan secara maya pada Rabu.

Advertisement

Turut menjadi panel adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz dan anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman manakala Ketua Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin bertindak sebagai moderator.

Sumber: Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago