KKM: Dua kes keracunan babitkan Ivermectin

Pusat Racun Negara menerima dua kes keracunan membabitkan penggunaan ubat Ivermectin di negara ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya memaklumkan kedua-dua kes itu membabitkan individu berusia 35 tahun dan seorang warga emas.

“Kes pertama melibatkan pengguna yang mengambil satu biji Ivermectin. Akibatnya, pengguna itu mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan manakala bagi kes kedua melibatkan seorang warga emas yang didapati tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekali gus,” menurut kenyataan itu, hari ini.

KKM memberitahu Ivermectin didapati dijual secara tidak sah dan setakat ini ia belum diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Advertisement

Menurut kementerian itu pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan serta kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut dan pening.

“Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru dan kematian. Malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini. Oleh itu, elakkanlah pengambilan Ivermectin untuk rawatan kendiri,” menurut kementerian itu.

Pada 5 Jun lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapor berkata KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Dr Noor Hisham berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases namun belum ada bukti yang konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.

– Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago