APMM Gagalkan Cubaan Seludup Dua Tan Daun Ketum Ke Negara Jiran

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dua tan daun ketum ke negara jiran melalui jalan laut di Pulau Batu Layang, di sini, tengah malam tadi.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata kegiatan itu dikesan dilakukan pada 12.30 tengah malam di kedudukan 1.1 batu nautika barat daya pulau tersebut berdasarkan hasil risikan dan intipan.

“Menyedari kehadiran bot ronda APMM di lokasi itu, dua suspek telah bertindak mencampakkan kesemua bungkusan plastik hitam ke laut dan menukar haluan bagi melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan di lokasi bungkusan dibuang, APMM menemukan 200 bungkusan plastik hitam terapung di laut yang disyaki berisi daun ketum dengan anggaran berat kira-kira dua tan dan bernilai RM360,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan daun ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.

Katanya modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran yang dilakukan suspek adalah sama seperti tangkapan sebelum ini, iaitu menggunakan bot fiber enjin sangkut menuju ke sempadan Thailand untuk dipindah ke bot-bot nelayan Thailand di sempadan perairan Malaysia-Thailand.

Mohd Zawawi berkata tindakan suspek membuang muatan bungkusan daun ketum ke laut disyaki berikutan menerima maklumat daripada tonto di Kuala Perlis dan APMM percaya bahawa mereka mengunakan dron bagi memantau pergerakan bot-bot penguat kuasa yang sentiasa melakukan rondaan ketat di kawasan sempadan negara.

Sumber: BERNAMA 

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago